3 Percayalah kepada TUHAN dan buatlah perkara yang baik;tinggallah di negeri ini dan kamu akan selamat.
4 Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN,dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.
5 Serahkanlah hidupmu kepada TUHAN,berharaplah kepada-Nya dan Dia akan menolong engkau;
6 Dia akan menyebabkan kebaikanmubersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.
7 Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang,tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak.Jangan geram kerana orang yang hidup makmur,atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.
8 Jangan marah atau panas hati;hal itu hanya mendatangkan kecelakaan.
9 Orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi negeri ini,tetapi orang yang jahat akan diusir.