9 Orang yang berharap kepada TUHAN akan mewarisi negeri ini,tetapi orang yang jahat akan diusir.
10 Orang yang jahat akan lenyap dengan segera;walaupun dicari, mereka tidak akan dijumpai.
11 Orang yang rendah hati akan mewarisi negeri ini,dan menikmati kemakmuran yang berlimpah-limpah.
12 Orang jahat berkomplot menentang orang baikdan memandang mereka dengan benci.
13 Tetapi Tuhan mentertawakan orang jahat,kerana Dia tahu kesudahan mereka sudah dekat.
14 Orang jahat menghunus pedang dan melengkungkan busuruntuk membunuh orang yang miskin dan susah,untuk membantai orang yang baik;
15 tetapi mereka akan ditikam oleh pedang mereka sendiri,dan busur mereka akan dipatahkan.