1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud.
2 Jawablah apabila aku berseru,ya Allah, Pembelaku!Ketika aku susah dahulu,Engkau datang menolong aku.Sekarang kasihanilah aku,dan dengarlah doaku!
3 Hai manusia, berapa lamakahkamu akan menghina aku?Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu,dan mengejar yang palsu?
4 Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya,dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya.