2 Aku menanti pertolongan TUHAN dengan sabar,lalu Dia memperhatikan aku dan mendengar seruanku.
3 Dia menarik aku dari lubang yang berbahaya,dari paya yang berlumpur.Dia meletakkan aku di atas batusehingga langkahku kukuh.
4 Dia mengajar aku menyanyi lagu yang baru,lagu pujian untuk Allah kita.Banyak orang yang melihat perkara ini akan menjadi takutlalu percaya kepada TUHAN.
5 Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN,orang yang tidak menyembah berhalaatau mengikut mereka yang menyembah dewa.
6 Engkau telah melakukan banyak perkara untuk kami,ya TUHAN, Allahku, Engkau tidak ada bandingnya!Engkau telah membuat banyak rancangan yang baik untuk kami,tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya.
7 Engkau tidak mahu korban dan persembahan;Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu, dan korban untuk menghapuskan dosa.Tetapi Engkau telah memberi aku telingayang dapat mendengar firman-Mu.
8 Oleh itu aku menyahut, “Inilah aku;arahan-Mu untukku tercatat di dalam kitab Taurat.