5 Berbahagialah orang yang percaya kepada TUHAN,orang yang tidak menyembah berhalaatau mengikut mereka yang menyembah dewa.
6 Engkau telah melakukan banyak perkara untuk kami,ya TUHAN, Allahku, Engkau tidak ada bandingnya!Engkau telah membuat banyak rancangan yang baik untuk kami,tidak mungkin aku dapat menceritakan segalanya.
7 Engkau tidak mahu korban dan persembahan;Engkau tidak minta korban untuk menyenangkan hati-Mu, dan korban untuk menghapuskan dosa.Tetapi Engkau telah memberi aku telingayang dapat mendengar firman-Mu.
8 Oleh itu aku menyahut, “Inilah aku;arahan-Mu untukku tercatat di dalam kitab Taurat.
9 Aku suka melakukan kehendak-Mu, ya Allahku!Aku menyimpan segala ajaran-Mu dalam hatiku.”
10 Dalam perhimpunan umat-Mu aku menceritakan berita baikbahawa Engkau telah menyelamatkan kami.Dengan tidak hentinya, aku menceritakannya.Ya TUHAN, Engkau mengetahui semuanya.
11 Aku tidak menyimpan berita penyelamatan itu dalam hati;aku selalu menceritakan pertolongan dan kesetiaan-Mu.Dalam perhimpunan umat-Mu, aku tidak pernah berdiam diritentang kesetiaan dan kasih-Mu.