4 Siang malam aku menangis,hanya air mata makananku;sepanjang masa musuhku bertanya kepadaku,“Di manakah Allahmu?”
5 Hatiku hancur apabila mengenangkan masa lalu,semasa aku pergi bersama-sama orang ramai ke Rumah TUHAN,dan aku berjalan di depan perarakan,dengan sorak-sorai dan lagu pujian.
6 Mengapakah aku sedih?Mengapakah aku gelisah?Aku akan berharap kepada Allahdan sekali lagi aku akan memuji Dia,Allahku dan penyelamatku.
7-8 Di tempat pembuangan ini hatiku hancur,oleh itu aku ingat kepada TUHAN.Jiwaku hanyut dalam arus kesedihan;aku dilanda banjir kekacauan,seperti deru air terjun Sungai Yordandari Gunung Hermon dan Gunung Mizar.
9 Semoga TUHAN menunjukkan kasih-Nya pada waktu siang;agar aku dapat memuji Dia pada waktu malam,dan berdoa kepada Allah, sumber hidupku.
10 Kepada Allah, pembelaku, aku berkata,“Mengapakah Engkau melupakan aku?Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita,akibat kekejaman musuhku?”
11 Aku sangat sedih kerana hinaan mereka.Mereka terus bertanya, “Di manakah Allahmu?”