6 Mengapakah aku sedih?Mengapakah aku gelisah?Aku akan berharap kepada Allahdan sekali lagi aku akan memuji Dia,Allahku dan penyelamatku.
7-8 Di tempat pembuangan ini hatiku hancur,oleh itu aku ingat kepada TUHAN.Jiwaku hanyut dalam arus kesedihan;aku dilanda banjir kekacauan,seperti deru air terjun Sungai Yordandari Gunung Hermon dan Gunung Mizar.
9 Semoga TUHAN menunjukkan kasih-Nya pada waktu siang;agar aku dapat memuji Dia pada waktu malam,dan berdoa kepada Allah, sumber hidupku.
10 Kepada Allah, pembelaku, aku berkata,“Mengapakah Engkau melupakan aku?Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita,akibat kekejaman musuhku?”
11 Aku sangat sedih kerana hinaan mereka.Mereka terus bertanya, “Di manakah Allahmu?”
12 Mengapakah aku sedih?Mengapakah aku gelisah?Aku akan berharap kepada Allah,dan sekali lagi aku akan memuji Dia,Allahku dan penyelamatku.