16 Sepanjang hari aku dihina,dan diliputi perasaan malu,
17 kerana mendengar sindiran dan hinaanyang dilemparkan oleh musuh dan pendendam.
18 Semuanya menimpa kamiwalaupun kami tidak melupakan Engkau,ataupun memungkiri perjanjian-Mu dengan kami.
19 Kami tidak pernah melawan Engkau;kami tidak pernah melanggar perintah-Mu.
20 Tetapi Engkau meninggalkan kami yang lemah dengan binatang liar;Engkau meninggalkan kami dalam kegelapan yang gelita.
21 Jika kami berhenti menyembah Allah kami,lalu menyembah tuhan lain,
22 tentu Engkau akan mengetahuinya,kerana Engkau mengetahui rahsia hati manusia.