21 Jika kami berhenti menyembah Allah kami,lalu menyembah tuhan lain,
22 tentu Engkau akan mengetahuinya,kerana Engkau mengetahui rahsia hati manusia.
23 Tetapi kerana Engkau, kami diancam maut setiap masa,kami diperlakukan seperti domba sembelihan.
24 Bangunlah, ya Tuhan! Mengapakah Engkau tidur?Bangkitlah! Jangan tolak kami selama-lamanya!
25 Mengapakah Engkau menyembunyikan diri?Jangan lupakan penderitaan dan kesusahan kami!
26 Kami jatuh hancur di tanah,dan terbaring di atas debu kerana kalah.
27 Bangkitlah dan tolonglah kami!Kerana kasih-Mu itu, selamatkanlah kami!