8 kerana Engkaulah yang menyelamatkan kami,dan mengalahkan mereka yang membenci kami.
9 Kami akan sentiasa memuji Engkaudan bersyukur kepada-Mu selama-lamanya.
10 Tetapi sekarang, ya Allah, Engkau meninggalkan kamidan membiarkan kami dikalahkan;Engkau tidak lagi maju bersama dengan tentera kami.
11 Engkau membuat kami lari daripada musuh,dan mereka merampas segala harta kami.
12 Engkau membiarkan kami disembelih seperti domba,Engkau mencerai-beraikan kami ke negeri asing.
13 Engkau menjual umat-Mu dengan harga yang murah,tanpa mendapat keuntungan apa-apa.
14 Engkau menjadikan kami ejekan jiran kami;mereka mengolok-olokkan dan mentertawakan kami.