10 Kata-kata musuhku tidak boleh dipercayai;rancangan mereka jahat sekali;kata-kata mereka manis memikat,tetapi penuh dengan niat jahat.
11 Hukumlah mereka, ya Allah;biarlah mereka celaka kerana rancangan mereka sendiri.Usirlah mereka kerana dosa mereka yang banyak ituserta pemberontakan mereka terhadap-Mu.
12 Semoga semua orang yang berlindung kepada-Mu gembira;dan bernyanyi dengan sukacita selama-lamanya.Lindungilah mereka yang mengasihi Engkau,supaya mereka sungguh berbahagia kerana Engkau.
13 Engkau memberkati mereka yang taat kepada-Mu, ya TUHAN;kasih-Mu melindungi mereka seperti perisai.