5 Ya Allah, Engkau tidak suka akan perbuatan jahat;Engkau tidak membenarkan orang jahat berada di hadirat-Mu.
6 Engkau tidak tahan melihat orang sombong;Engkau membenci semua orang jahat.
7 Engkau memusnahkan semua pembohong,dan menghina pengganas dan penipu.
8 Tetapi demi kasih-Mu yang besar,aku dapat masuk ke Rumah-Mu.Aku boleh menyembah Engkau di dalam Rumah-Mu yang suci,dan bersujud di hadapan-Mu dengan hormat.
9 Ya TUHAN, amat banyak musuhku;pimpinlah aku melakukan kehendak-Mu,dan tunjukkanlah jalan-Mu yang harus aku tempuh.
10 Kata-kata musuhku tidak boleh dipercayai;rancangan mereka jahat sekali;kata-kata mereka manis memikat,tetapi penuh dengan niat jahat.
11 Hukumlah mereka, ya Allah;biarlah mereka celaka kerana rancangan mereka sendiri.Usirlah mereka kerana dosa mereka yang banyak ituserta pemberontakan mereka terhadap-Mu.