11 Semua burung liar kepunyaan-Ku,juga semua makhluk hidup di padang.
12 Jika Aku lapar, Aku tidak minta makanan daripada kamu,kerana dunia serta segala isinya milik-Ku.
13 Adakah Aku makan daging lembu jantan,ataupun minum darah kambing?
14 Persembahkanlah ucapan syukur sebagai korban kepada Allah,berikanlah segala persembahan yang kamu janjikan kepada Yang Maha Kuasa.
15 Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan;Aku akan menyelamatkan kamu,dan kamu akan memuji Aku.”
16 Tetapi Allah berfirman kepada orang jahat,“Kamu tidak berhak menghafaz hukum-Kudan membincangkan perjanjian-Ku,
17 kerana kamu tidak mahu menerima tegur ajar-Ku;kamu menolak perintah-Ku.