14 Persembahkanlah ucapan syukur sebagai korban kepada Allah,berikanlah segala persembahan yang kamu janjikan kepada Yang Maha Kuasa.
15 Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan;Aku akan menyelamatkan kamu,dan kamu akan memuji Aku.”
16 Tetapi Allah berfirman kepada orang jahat,“Kamu tidak berhak menghafaz hukum-Kudan membincangkan perjanjian-Ku,
17 kerana kamu tidak mahu menerima tegur ajar-Ku;kamu menolak perintah-Ku.
18 Apabila kamu melihat pencuri, kamu berkawan dengan mereka,kamu bergaul dengan orang yang berzina.
19 Kamu sentiasa mengatakan yang jahat;dengan tidak ragu-ragu kamu berdusta.
20 Kamu sedia menuduh saudara kamu,dan memfitnah saudara sekandung.