15 Berserulah kepada-Ku pada masa kesusahan;Aku akan menyelamatkan kamu,dan kamu akan memuji Aku.”
16 Tetapi Allah berfirman kepada orang jahat,“Kamu tidak berhak menghafaz hukum-Kudan membincangkan perjanjian-Ku,
17 kerana kamu tidak mahu menerima tegur ajar-Ku;kamu menolak perintah-Ku.
18 Apabila kamu melihat pencuri, kamu berkawan dengan mereka,kamu bergaul dengan orang yang berzina.
19 Kamu sentiasa mengatakan yang jahat;dengan tidak ragu-ragu kamu berdusta.
20 Kamu sedia menuduh saudara kamu,dan memfitnah saudara sekandung.
21 Itulah yang kamu lakukan,tetapi Aku diam sahaja,maka kamu berfikir Aku seperti kamu juga.Tetapi sekarang Aku mencela kamu,dan menjadikan perkara itu nyata bagi kamu.