2 Dari Sion, kota yang terindah,Allah bersinar seperti matahari.
3 Apabila Allah kita datang, Dia tidak diam;api yang bernyala-nyala mendahului Dia,ribut yang sangat kencang mengelilingi-Nya.
4 Dia menyuruh syurga dan bumi menjadi saksi,untuk melihat Dia menghakimi umat-Nya.
5 Dia berfirman, “Himpunkanlah umat-Ku yang setia,yang telah mengikat perjanjian dengan Akudan mengukuhkannya dengan mempersembahkan korban.”
6 Langit mengisytiharkan keadilan Allah,kerana Allah itu hakim.
7 “Dengarlah, hai umat-Ku, Aku akan berfirman;Aku akan menyalahkan kamu, hai Israel.Akulah Allah, Allah kamu.
8 Aku tidak menyalahkan kamu kerana persembahan kamu,dan korban untuk menyenangkan hati-Ku yang selalu kamu persembahkan.