2 pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka.
3 Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah;bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu.
4 Dengarlah doaku, ya Allah;endahkanlah kata-kataku.
5 Orang sombong datang menyerang aku,orang zalim ingin membunuh aku,mereka tidak menghiraukan Allah.
6 Tetapi Allah ialah penolongku,Tuhan ialah pembelaku.
7 Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka.Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku.
8 Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu;aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu.