3 Sepanjang hari lawanku menyerang aku;banyak orang yang melawan aku.
4 Ketika aku takut, ya Allah Yang Maha Kuasa,aku berharap kepada-Mu.
5 Aku percaya kepada Allah dan aku tidak takut;aku memuji Dia kerana janji-Nya.Apakah yang dapat dilakukan manusia terhadapku?
6 Sepanjang hari musuhku menyusahkan aku;mereka sentiasa berusaha untuk mencelakakan aku.
7 Mereka berkumpul di tempat persembunyian,dan mengawasi segala gerak-geriku,sambil mencari kesempatan untuk membunuh aku.
8 Hukumlah mereka, ya Allah kerana kejahatan mereka,dengan kemurkaan-Mu, binasakanlah mereka!
9 Engkau tahu betapa cemasnya hatiku;Engkau tahu betapa banyaknya air mataku.Bukankah semuanya itu tercatat di dalam kitab-Mu?