2 ketika baginda memerangi orang Aram-Mesopotamia dan orang Aram-Zoba, dan ketika Yoab pulang dan membunuh 12,000 orang Edom di Lembah Masin.
3 Ya Allah, Engkau telah menolak kami dan mengalahkan kami;Engkau murka terhadap kami, tetapi kini kembalilah kepada kami!
4 Engkau telah menggempakan bumi sehingga belah;perbaikilah yang pecah kerana bumi goyah.
5 Engkau telah menyebabkan umat-Mu mengalami penderitaan berat,sehingga kami terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
6 Engkau telah memberikan amaran kepada orang yang menghormati Engkau,supaya mereka terlepas daripada kebinasaan.
7 Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu; kabulkanlah doa kami,supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.
8 Dari kediaman-Nya yang suci, Allah berfirman,“Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem,dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.