6 Engkau telah memberikan amaran kepada orang yang menghormati Engkau,supaya mereka terlepas daripada kebinasaan.
7 Selamatkanlah kami dengan kuasa-Mu; kabulkanlah doa kami,supaya umat yang Engkau kasihi diselamatkan.
8 Dari kediaman-Nya yang suci, Allah berfirman,“Aku akan bersorak dan membahagi-bahagikan tanah Sikhem,dan mengagihkan Lembah Sukot kepada umat-Ku.
9 Gilead dan Manasye kepunyaan-Ku,Efraim topi besi-Ku,dan Yehuda tongkat pemerintahan-Ku.
10 Tetapi Moab hanya tempat pembasuhan-Ku;kepada Edom Aku lemparkan kasut-Ku,sebagai tanda bahawa Edom milik-Ku.Adakah orang Filistin berfikir bahawamereka akan bersorak kerana mengalahkan Aku?”
11 Siapakah yang akan membawa aku ke dalam kota yang berkubu itu?Siapakah yang akan membawa aku ke Edom?
12 Ya Allah, adakah Engkau sudah menolak kami?Tidakkah Engkau maju bersama-sama tentera kami?