14 janji yang aku ucapkan,ketika aku dalam kesusahan.
15 Aku akan mempersembahkan ternakan yang digemukkan untuk dibakar di atas mazbah;aku akan mempersembahkan korban lembu jantan dan kambing,lalu asapnya akan naik ke langit.
16 Marilah dan dengarlah, hai semua orang yang menghormati Allah,aku akan menceritakan apa yang telah dilakukan-Nya untuk aku.
17 Aku berseru minta tolong kepada-Nya;aku menyanyi dan memuji Dia.
18 Andaikata aku membiarkan dosa dalam hatiku,pasti Tuhan tidak akan mendengar aku.
19 Tetapi sesungguhnya Allah sudah mendengar aku;Dia telah mengabulkan doaku.
20 Aku memuji Allah, kerana Dia tidak menolak doaku,dan tidak berhenti mengasihi aku.