2 Ya Allah, kasihanilah dan berkatilah kami;pandanglah kami dengan senang hati,
3 supaya seluruh dunia mengetahui kehendak-Mu,dan semua bangsa mengetahui penyelamatan-Mu.
4 Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah;semoga semua bangsa memuji Engkau!
5 Semoga bangsa-bangsa bergembiradan menyanyi dengan sukacita,kerana Engkau menghakimi orang dengan adildan membimbing setiap bangsa di bumi.
6 Semoga bangsa-bangsa memuji Engkau, ya Allah;semoga semua bangsa memuji Engkau!
7 Tanah telah mengeluarkan hasilnya;Allah, Allah kita, telah memberkati kita.
8 Allah telah memberkati kita;semoga semua orang di seluruh dunia menghormati Dia.