20 Pujilah Tuhan, kerana Dialah yang menyelamatkan kita;setiap hari Dia menanggung beban kita.
21 Allah kita TUHAN yang menyelamatkan;Dialah yang membebaskan kita daripada kematian.
22 Allah tentu akan meremukkan kepala musuh-Nya,mereka yang terus hidup dalam dosa.
23 Tuhan berfirman, “Aku akan membawa musuh kamu kembali dari Basan,Aku akan membawa mereka kembali dari lautan yang dalam,
24 supaya kamu dapat mencuci kaki dalam darah mereka,dan anjing kamu menjilat darah itu dengan sepuas-puasnya.”
25 Perarakan kemenangan-Mu dilihat oleh semua orang, ya Allah,perarakan Allahku, Rajaku, masuk ke tempat kediaman-Nya.
26 Para penyanyi berjalan di hadapan, pemain muzik di belakang,dan gadis pemain tamburin di antara mereka.