26 Para penyanyi berjalan di hadapan, pemain muzik di belakang,dan gadis pemain tamburin di antara mereka.
27 “Pujilah Allah di tengah umat-Nya;pujilah TUHAN, hai semua keturunan Yakub!”
28 Benyamin, suku yang terkecil berjalan di hadapan,kemudian ketua-ketua Yehuda bersama dengan kumpulan mereka,diikuti oleh ketua-ketua Zebulon dan Naftali.
29 Tunjukkanlah kuasa-Mu, ya Allah,kuasa yang telah Engkau gunakan bagi kami.
30 Di Rumah-Mu, di Yerusalem,raja-raja mempersembahkan ufti kepada-Mu.
31 Tegurlah Mesir, binatang liar itu yang di tengah-tengah gelagah;tegurlah bangsa-bangsa, sekumpulan lembu jantan itu serta anak-anak mereka,sehingga mereka semua bersujud dan mempersembahkan perak kepada-Mu.Cerai-beraikan mereka yang gemar berperang!
32 Duta-duta dari Mesir datang membawa gangsa;orang Etiopia bergegas membawa ufti kepada Allah.