29 Tunjukkanlah kuasa-Mu, ya Allah,kuasa yang telah Engkau gunakan bagi kami.
30 Di Rumah-Mu, di Yerusalem,raja-raja mempersembahkan ufti kepada-Mu.
31 Tegurlah Mesir, binatang liar itu yang di tengah-tengah gelagah;tegurlah bangsa-bangsa, sekumpulan lembu jantan itu serta anak-anak mereka,sehingga mereka semua bersujud dan mempersembahkan perak kepada-Mu.Cerai-beraikan mereka yang gemar berperang!
32 Duta-duta dari Mesir datang membawa gangsa;orang Etiopia bergegas membawa ufti kepada Allah.
33 Nyanyilah bagi Allah, hai kerajaan-kerajaan dunia,nyanyikanlah pujian kepada Tuhan,
34 kepada Dia yang melintasi langit purba.Dengarlah Dia berseru dengan kuat.
35 Isytiharkanlah kuasa Allah;Dia memerintah seluruh Israel,kuasa-Nya kelihatan di angkasa.