12 Ketika aku mengenakan pakaian perkabungan,mereka mentertawakan aku.
13 Aku menjadi buah mulut di tempat orang berkumpul,dan nyanyian orang mabuk adalah tentang aku.
14 Tetapi bagiku, aku akan berdoa kepada-Mu, ya TUHAN;kabulkanlah doaku, ya Allah, menurut waktu-Mu.Kabulkan doaku demi kasih-Mu yang besar,kerana Engkau menepati janji untuk menyelamatkan aku.
15 Janganlah biarkan aku tenggelam di dalam lumpur;selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku,dan daripada air yang dalam.
16 Janganlah biarkan banjir menghanyutkan aku;janganlah biarkan aku tenggelam di dasar laut,ataupun terbenam di dalam kubur.
17 Kabulkanlah doaku, ya TUHAN, kerana Engkau baik dan tetap mengasihi;dengan rahmat-Mu yang besar, berpalinglah kepadaku!
18 Janganlah bersembunyi daripada hamba-Mu;aku dalam kesusahan besar - cepatlah tolong aku!