15 Janganlah biarkan aku tenggelam di dalam lumpur;selamatkanlah aku daripada musuh-musuhku,dan daripada air yang dalam.
16 Janganlah biarkan banjir menghanyutkan aku;janganlah biarkan aku tenggelam di dasar laut,ataupun terbenam di dalam kubur.
17 Kabulkanlah doaku, ya TUHAN, kerana Engkau baik dan tetap mengasihi;dengan rahmat-Mu yang besar, berpalinglah kepadaku!
18 Janganlah bersembunyi daripada hamba-Mu;aku dalam kesusahan besar - cepatlah tolong aku!
19 Marilah dan selamatkanlah aku;bebaskanlah aku daripada musuhku.
20 Engkau tahu bagaimana aku dikeji,bagaimana aku dipermalukan dan dihina;Engkau nampak semua musuhku.
21 Kekejian telah mematahkan hatiku,aku menjadi putus asa.Aku mencari orang yang berbelas kasihan, tetapi tidak aku dapati;aku mencari orang yang menguatkan hatiku, tetapi tidak aku jumpai.