5 Orang yang membenci aku tanpa sebab,lebih banyak daripada rambut pada kepalaku.Musuhku memfitnah aku,mereka kuat dan mahu membunuh aku.Mereka memaksa aku menyerahkan barang-barang yang tidak aku curi.
6 Ya Allah, dosa-dosaku tidak tersembunyi daripada-Mu,Engkau tahu betapa bodohnya aku.
7 Janganlah biarkan aku mendatangkan malu kepada orang yang berharap kepada-Mu,ya TUHAN Raja Yang Maha Kuasa!Janganlah biarkan aku mendatangkan aib kepada mereka yang menyembah Engkau,ya Allah umat Israel!
8 Kerana Engkaulah, aku dikeji,dan diliputi perasaan malu.
9 Aku bagaikan orang asing kepada saudara-saudaraku,seperti orang luar kepada keluargaku.
10 Cintaku untuk Rumah-Mu berkobar-kobar seperti api;hinaan yang ditujukan kepada-Mu menimpa diriku.
11 Aku merendahkan diri dengan berpuasa,tetapi manusia mencela aku.