10 Hentikanlah kejahatan orang durjana,dan berikanlah pahala kepada orang yang baik,kerana Engkau Allah yang adil,Engkau menyelami hati dan fikiran.
11 Pelindungku ialah Allah;Dia menyelamatkan mereka yang mentaati-Nya.
12 Allah ialah hakim yang adil,yang sentiasa menghukum mereka yang jahat.
13 Jika kelakuan mereka tidak berubah,Allah akan mengasah pedang-Nya.Dia menyiapkan dan melengkungkan busur-Nya;
14 Dia mengambil senjata-Nya yang berbahayadan melancarkan anak panah-Nya yang bernyala.
15 Lihatlah cara orang jahat memikirkan kejahatan;mereka merancangkan kekacauan dan melakukan penipuan.
16 Mereka memasang perangkap untuk orang lain,tetapi mereka sendiri jatuh ke dalamnya.