2 Ya TUHAN, Allahku, aku berlindung kepada-Mu;selamatkanlah dan lepaskanlah akudaripada semua orang yang memburu aku.
3 Jangan biarkan mereka seperti singa yang menerkam dan menyeret akuke tempat yang tiada seorang pun dapat menyelamatkan aku.
4-5 Ya TUHAN, Allahku, jika aku pernah berbuat jahat,jika aku mengkhianati sahabat,atau melakukan keganasan terhadap musuh tanpa sebab,
6 biarlah musuhku memburu dan menangkap aku,lalu membunuh dan meninggalkan aku dalam debu!
7 Bangkitlah dengan kemurkaan-Mu, ya TUHAN,dan tentanglah keganasan musuh-musuhku!Bangkitlah dan tolonglah aku,kerana keadilanlah yang Engkau tuntut.
8 Himpunkanlah bangsa-bangsa di sekeliling-Mu,dan perintahlah mereka dari takhta-Mu di syurga.
9 Engkaulah yang menghakimi semua manusia.Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.