6 biarlah musuhku memburu dan menangkap aku,lalu membunuh dan meninggalkan aku dalam debu!
7 Bangkitlah dengan kemurkaan-Mu, ya TUHAN,dan tentanglah keganasan musuh-musuhku!Bangkitlah dan tolonglah aku,kerana keadilanlah yang Engkau tuntut.
8 Himpunkanlah bangsa-bangsa di sekeliling-Mu,dan perintahlah mereka dari takhta-Mu di syurga.
9 Engkaulah yang menghakimi semua manusia.Berilah aku keadilan, ya TUHAN, kerana aku tidak bersalah.
10 Hentikanlah kejahatan orang durjana,dan berikanlah pahala kepada orang yang baik,kerana Engkau Allah yang adil,Engkau menyelami hati dan fikiran.
11 Pelindungku ialah Allah;Dia menyelamatkan mereka yang mentaati-Nya.
12 Allah ialah hakim yang adil,yang sentiasa menghukum mereka yang jahat.