1 Ya TUHAN, aku datang kepada-Mu untuk perlindungan;jangan biarkan aku dipermalukan.
2 Kerana Engkau adil, tolonglah aku dan bebaskanlah aku.Dengarlah aku dan selamatkanlah aku!
3 Jadilah perlindungan yang kukuh bagiku,serta kubu yang kuat untuk melindungi aku;Engkaulah penaung dan pembelaku.
4 Ya Allahku, selamatkanlah aku daripada orang jahat,daripada kuasa manusia yang tidak adil dan kejam.
5 Ya TUHAN Raja, aku berharap kepada-Mu;aku percaya kepada-Mu sejak masa mudaku.
6 Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku;sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku.Aku akan sentiasa memuji Engkau.