12 Ya Allah, janganlah jauhi aku,ya Allahku, cepatlah tolong aku!
13 Biarlah mereka yang menyerang akudikalahkan serta dibinasakan!Biarlah mereka yang cuba mencelakakan akudipermalukan dan dihinakan!
14 Aku akan sentiasa berharap kepada-Mu,dan semakin memuji-Mu.
15 Aku akan mengisahkan kebaikan-Mu;sepanjang hari aku akan menceritakan penyelamatan daripada-Mu,walaupun hal ini melampaui pengertianku.
16 Aku akan memuji perbuatan-Mu yang perkasa, ya TUHAN Raja,aku akan mengisytiharkan kebaikan-Mu, kebaikan-Mu sahaja.
17 Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku;sampai sekarang aku menceritakan perbuatan-Mu yang menakjubkan itu.
18 Kini aku sudah tua dan rambutku pun beruban,jangan tinggalkan aku, ya Allah.Sertailah aku semasa aku mengisytiharkan kuasa dan kebesaran-Mukepada semua keturunan yang akan datang.