17 Engkau telah mengajar aku sejak masa mudaku;sampai sekarang aku menceritakan perbuatan-Mu yang menakjubkan itu.
18 Kini aku sudah tua dan rambutku pun beruban,jangan tinggalkan aku, ya Allah.Sertailah aku semasa aku mengisytiharkan kuasa dan kebesaran-Mukepada semua keturunan yang akan datang.
19 Kebaikan-Mu, ya Allah, memuncak ke langit.Engkau telah melakukan perkara yang besar-besar;Engkau tiada bandingnya!
20 Engkau telah mendatangkan kesusahan dan penderitaan kepada diriku,tetapi Engkau akan memulihkan kekuatanku;Engkau akan menjauhkan aku dari kubur.
21 Engkau akan membuat aku lebih terhormat;Engkau akan menghiburkan aku semula.
22 Sesungguhnya aku akan memuji Engkau dengan kecapi;aku akan memuji kesetiaan-Mu, ya Allahku.Aku akan menyanyikan mazmur untuk-Mu dengan kecapi,ya Allah umat Israel,Allah Yang Suci.
23 Aku akan bersorak ketika memainkan kecapi;aku akan menyanyi dengan segenap jiwaku,kerana Engkau telah menyelamatkan aku.