4 Ya Allahku, selamatkanlah aku daripada orang jahat,daripada kuasa manusia yang tidak adil dan kejam.
5 Ya TUHAN Raja, aku berharap kepada-Mu;aku percaya kepada-Mu sejak masa mudaku.
6 Aku bergantung kepada-Mu seumur hidupku;sejak aku dilahirkan, Engkau melindungi aku.Aku akan sentiasa memuji Engkau.
7 Kehidupanku menjadi teladan kepada banyak orang,kerana Engkau pembelaku yang kuat.
8 Sepanjang hari aku memuji-Mudan mengisytiharkan kemuliaan-Mu.
9 Janganlah tolak aku sekarang kerana aku tua;janganlah tinggalkan aku sekarang kerana aku lemah.
10 Musuhku hendak membunuh aku;mereka berbincang dan bersekongkol menentang aku.