16 Engkau mencipta siang dan malam;Engkau menentukan tempat matahari dan bulan;
17 Engkau menentukan batas-batas bumi;Engkau mencipta musim panas dan musim sejuk.
18 Tetapi ingatlah, ya TUHAN, bagaimana musuh-Mu mentertawakan Engkau;mereka tidak mengenal Engkau dan mereka menghina Engkau.
19 Jangan serahkan umat-Mu yang tidak berdaya kepada musuh yang kejam;jangan lupa akan umat-Mu yang dianiaya!
20 Ingatlah perjanjian yang telah Engkau buat dengan kami,kerana terdapat keganasan di segala tempat gelap di negeri ini.
21 Jangan biarkan orang yang tertindas dipermalukan,semoga orang yang miskin dan melarat memberi Engkau pujian.
22 Bangkitlah, ya Allah, dan belalah perkara-Mukerana sepanjang hari Engkau dihina oleh bangsa yang tidak mengenal Engkau.