5 Allah membuat aku tidak dapat tidur;aku begitu khuatir sehingga tidak dapat bertutur.
6 Aku teringat akan masa dahulu,hari dan tahun yang sudah lalu.
7 Sepanjang malam aku berfikir dalam-dalam;bermenung dan bertanya dalam hati,
8 “Adakah Allah menolak kita selama-lamanya?Tidakkah Dia berkenan lagi kepada kita?
9 Tidakkah Dia mengasihi kita lagi?Tidakkah Dia memenuhi janji-Nya lagi?
10 Adakah Allah telah lupa mengasihani kita?Murkakah Dia, sehingga tidak berbelas kasihan lagi?”
11 Kemudian aku berkata, “Inilah yang paling menyakiti hatiku,bahawa Allah tidak berkuasa lagi.”