16 Dia membuat air memancar dari batu,dan airnya mengalir seperti sungai.
17 Tetapi mereka terus berdosa terhadap Allah,serta memberontak terhadap Yang Maha Tinggi di padang gurun.
18 Mereka sengaja menguji Allah,mereka meminta makanan yang diinginkan.
19 Mereka melawan Allah dengan berkata,“Dapatkah Allah menyediakan makanan di gurun?
20 Memang benar Dia telah membelah bukit batu,dan air sederas sungai mengalir daripadanya;tetapi dapatkah Dia menyediakan roti bagi kita,dan memberikan daging bagi umat-Nya?”
21 Itulah sebabnya, TUHAN murka ketika mendengar permintaan mereka;Dia menyerang umat-Nya dengan api,dan menjadi semakin murka terhadap mereka,
22 kerana mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap-Nya,dan tidak percaya bahawa Dia dapat menyelamatkan mereka.