19 Mereka melawan Allah dengan berkata,“Dapatkah Allah menyediakan makanan di gurun?
20 Memang benar Dia telah membelah bukit batu,dan air sederas sungai mengalir daripadanya;tetapi dapatkah Dia menyediakan roti bagi kita,dan memberikan daging bagi umat-Nya?”
21 Itulah sebabnya, TUHAN murka ketika mendengar permintaan mereka;Dia menyerang umat-Nya dengan api,dan menjadi semakin murka terhadap mereka,
22 kerana mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap-Nya,dan tidak percaya bahawa Dia dapat menyelamatkan mereka.
23 Tetapi Allah berfirman kepada langit di atas,dan memberikan perintah supaya pintunya dibuka.
24 Dia memberi mereka biji-bijian dari syurga,dengan menurunkan manna untuk makanan mereka.
25 Demikianlah mereka makan makanan malaikat.Allah memberi mereka makanan berlimpah-limpah.