33 Oleh itu Allah mencabut nyawa mereka,dan memutuskan nafas mereka dengan tiba-tiba.
34 Setiap kali Allah membunuh sebilangan daripada mereka,yang lain kembali kepada-Nya;mereka bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya.
35 Mereka ingat bahawa Allah pelindung mereka,bahawa Yang Maha Kuasa penyelamat mereka.
36 Tetapi segala perkataan mereka itu dusta belaka,dan segala ucapan mereka bohong semata-mata.
37 Mereka tidak setia kepada-Nya;mereka tidak berpegang kepada perjanjian dengan Allah.
38 Tetapi Allah mengasihani umat-Nya.Dia mengampunkan dosa merekadan tidak membinasakan mereka.Kerap kali Dia menahan kemarahan-Nya,dan tidak melepaskan kemurkaan-Nya.
39 Dia ingat bahawa mereka hanya manusia fana,seperti angin yang bertiup lalu tiada.