1 Mazmur Asaf.Allah mengetuai sidang di syurga;di hadapan makhluk-makhluk syurga Dia memberikan keputusan-Nya,
2 “Jangan hakimi orang dengan tidak adil,dan jangan berpihak kepada orang jahat.
3 Belalah hak anak yatim dan orang lemah;bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya.
4 Selamatkanlah mereka daripada kuasa orang jahat.
5 Betapa jahilnya kamu, betapa bodohnya kamu!Kerana kamu tidak berakhlak, keadilan lenyap dari bumi ini.