14 Ya Allah, hamburkanlah mereka seperti debu,seperti sekam yang ditiup angin.
15 Seperti api membakar hutan,dan nyala api menghanguskan bukit-bukit,
16 kejarlah mereka dengan badai-Mu,dan gerunkanlah mereka dengan ribut-Mu.
17 Permalukanlah mereka, ya TUHAN,supaya mereka mengakui kekuasaan-Mu.
18 Biarlah mereka dikalahkan dan ketakutan selama-lamanya;biarlah mereka mati dalam kehinaan!
19 Biarlah mereka tahu bahawa hanya Engkaulah TUHAN,Yang Maha Tinggi di seluruh bumi!