5 Aku seperti orang yang menemui maut;segala kekuatanku sudah hilang.
6 Aku ditinggalkan di tengah-tengah orang mati;aku umpama orang terbunuh yang terbaring di kubur,orang yang telah Engkau lupakan sama sekali,yang tidak dapat Engkau tolong lagi.
7 Engkau telah membuang aku ke kubur yang dalam,ke dalam lubang yang paling gelap dan dalam.
8 Engkau sangat murka kepadaku,kemurkaan-Mu bagaikan ombak yang memukul aku.
9 Engkau menyebabkan rakan-rakanku meninggalkan aku;Engkau menyebabkan mereka jijik akan aku.Aku terkurung dan tidak dapat melarikan diri;
10 mataku kabur kerana menderita.Ya TUHAN, setiap hari aku berseru kepada-Mu,aku berdoa dengan menadahkan tangan kepada-Mu.
11 Adakah Engkau melakukan mukjizat bagi orang yang telah mati?Adakah mereka bangkit dan memuji Engkau?