8 Engkau sangat murka kepadaku,kemurkaan-Mu bagaikan ombak yang memukul aku.
9 Engkau menyebabkan rakan-rakanku meninggalkan aku;Engkau menyebabkan mereka jijik akan aku.Aku terkurung dan tidak dapat melarikan diri;
10 mataku kabur kerana menderita.Ya TUHAN, setiap hari aku berseru kepada-Mu,aku berdoa dengan menadahkan tangan kepada-Mu.
11 Adakah Engkau melakukan mukjizat bagi orang yang telah mati?Adakah mereka bangkit dan memuji Engkau?
12 Adakah kasih-Mu disebut orang di dalam kubur,ataupun kesetiaan-Mu disebut di tempat kebinasaan?
13 Adakah mukjizat-Mu kelihatan di tempat yang gelap itu,ataupun kebaikan-Mu kelihatan di negeri yang sudah dilupakan orang?
14 Ya TUHAN, aku minta pertolongan-Mu;setiap pagi aku berdoa kepada-Mu.