12 Bumi dan langit milik-Mu,dunia dan segala isinya ciptaan-Mu;
13 Engkau mencipta utara dan selatan;Gunung Tabor dan Gunung Hermon bersorak-sorai memuji-Mu.
14 Betapa besarnya kuasa-Mu,dan betapa hebatnya kekuatan-Mu!
15 Kerajaan-Mu berasaskan hukum dan keadilan;kasih dan kesetiaan terdapat pada segala perbuatan-Mu.
16 Berbahagialah orang yang menyembah Engkau dengan nyanyian,orang yang hidup dalam cahaya hadirat-Mu, TUHAN.
17 Sepanjang hari mereka bergembira,dan memuji Engkau kerana kebaikan-Mu.
18 Engkau memberi kami kemenangan yang besar;demi kebaikan-Mu, Engkau membuat kami berjaya.