2 Ya TUHAN, aku akan sentiasa menyanyikan kasih-Mu yang kekal;aku akan memberitakan kesetiaan-Mu selama-lamanya.
3 Aku tahu bahawa kasih-Mu kekal,dan kesetiaan-Mu kukuh seperti langit.
4 Engkau berfirman, “Aku telah membuat perjanjian dengan orang pilihan-Ku;Aku telah berjanji kepada Daud, hamba-Ku:
5 ‘Aku akan mempertahankan takhtamu selama-lamanya,seorang keturunanmu akan sentiasa menjadi raja.’ ”
6 Semua makhluk syurga memuji perbuatan-Mu yang ajaib,dan menyanyikan kesetiaan-Mu, ya TUHAN.
7 Tiada sesiapa di langit yang seperti Engkau, ya TUHAN;tiada makhluk syurga yang setanding dengan Engkau.
8 Engkau dihormati di sidang makhluk suci,dan sangat ditakuti oleh semua yang di sekeliling-Mu.