29 Aku akan tetap mengasihinya,dan perjanjian-Ku dengan dia akan kekal selama-lamanya.
30 Seorang keturunannya akan bertakhta,dan kerajaannya akan kukuh seperti langit.
31 Tetapi jika keturunannya melanggar hukum-Ku,dan tidak hidup menurut peraturan-Ku;
32 jika mereka mensia-siakan arahan-Ku,dan mengabaikan perintah-Ku,
33 Aku akan menghukum mereka kerana dosa mereka,dan menyebabkan mereka menderita kerana kesalahan mereka.
34 Tetapi Aku akan terus mengasihi Daud,Aku akan terus menunaikan janji-Ku kepadanya.
35 Aku tidak akan membatalkan perjanjian-Ku dengan dia,ataupun menarik kembali sebarang janji yang Aku buat dengannya.