43 Engkau memberikan kemenangan kepada musuhnya,dan menyebabkan mereka semua gembira.
44 Engkau membuat senjatanya tidak berguna,dan membiarkan baginda kalah dalam perang.
45 Engkau mengakhiri kuasanya yang gemilang,dan mencampakkan takhtanya ke tanah.
46 Engkau menjadikan raja tua sebelum masanya,dan Engkau mempermalukan baginda.
47 Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau bersembunyi?Sampai bilakah kemurkaan-Mu berkobar seperti api?
48 Ingatlah, betapa pendeknya usia manusia;ingatlah bahawa Engkau mencipta manusia sebagai makhluk fana.
49 Siapakah yang boleh hidup dan tidak pernah mati?Bagaimanakah orang dapat mengelakkan kubur?