45 Engkau mengakhiri kuasanya yang gemilang,dan mencampakkan takhtanya ke tanah.
46 Engkau menjadikan raja tua sebelum masanya,dan Engkau mempermalukan baginda.
47 Ya TUHAN, sampai bilakah Engkau bersembunyi?Sampai bilakah kemurkaan-Mu berkobar seperti api?
48 Ingatlah, betapa pendeknya usia manusia;ingatlah bahawa Engkau mencipta manusia sebagai makhluk fana.
49 Siapakah yang boleh hidup dan tidak pernah mati?Bagaimanakah orang dapat mengelakkan kubur?
50 Ya Tuhan, di manakah bukti tentang kasih-Mu dahulu?Di manakah janji-janji-Mu kepada Daud?
51 Janganlah lupa bagaimana aku, hamba-Mu, telah dicela;bagaimana aku menanggung kutukan bangsa-bangsa.