16 Bangsa-bangsa yang tidak mengenal Engkaujatuh ke dalam lubang yang digali mereka sendiri;mereka memasang perangkap,tetapi mereka sendiri terperangkap.
17 TUHAN menyatakan diri-Nya dengan keputusan yang adil;orang jahat terperangkap oleh perbuatan mereka sendiri.
18 Maut ialah kesudahan semua orang jahat,semua orang yang menolak Allah.
19 Orang miskin tidak selamanya dilupakan;orang papa tidak selamanya kehilangan harapan.
20 Bangkitlah, ya TUHAN, hakimilah bangsa-bangsa,jangan biarkan manusia terlepas daripada hukuman.
21 Buatlah mereka takut, ya TUHAN;sedarkanlah mereka bahawa mereka itu hanya insan.